Thursday, 20 July 2017

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik......ada sangkaan buruk Orang beribadat disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka kedekut Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka sombong Orang menawan disangka pakai susuk Orang yang nampak ceria disangka membela mana tahu..... yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH mana tahu..... yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu..... yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu..... yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya mana tahu..... yang ceria itu kerana cergas cedasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..... Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semua bergantung bagaimana kita melihatnya..... SENTIASALAH BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG SEKELILING & SENTIASA MEMAAFKAN ORANG LAIN.

No comments:

Post a Comment