Monday, 24 July 2017

Berpeganglah pada prinsip agama dari setiap sudut kehidupan kita.. Bentangkanlah 1001 prinsip sekalipun jika tiada solat 5 waktu segalanya adalah sia2.. Ingatlah dunia hanya pinjaman yang perlu dibayar dengan amalan..

Thursday, 20 July 2017

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik......ada sangkaan buruk Orang beribadat disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka kedekut Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka sombong Orang menawan disangka pakai susuk Orang yang nampak ceria disangka membela mana tahu..... yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH mana tahu..... yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu..... yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu..... yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya mana tahu..... yang ceria itu kerana cergas cedasnya Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..... Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semua bergantung bagaimana kita melihatnya..... SENTIASALAH BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG SEKELILING & SENTIASA MEMAAFKAN ORANG LAIN.
Motivasi pagi yang kita nak kongsikan hari ni adalah 10 kelebihan zikir. Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah SubhanAllahi wabihamdi. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: "Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah "Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya). Antara 10 Kelebihan Zikir Adalah: 1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah dihari kiamat. 2. Zikir adalah obat yang dapat melembutkan hati 3. Zikir mendekatkan seseorang kepada ahirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia 4. Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa. 5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredaan Allah 6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya 7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji 8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafiq 9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan ganguan syaitan 10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia Jom sama-sama kita menjadikan zikir sebagai amalan harian kita. Insya-Allah dengan berzikir, hati dan jiwa kita akan tenang dan segala urusan akan dipermudahkan.

Wednesday, 19 July 2017

Kalau kita ingin menjadi orang yang sabar dan baik kepada pasangan kita Tipsnya adalah,
وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
Janganlah kalian melupakan kebaikan diantara kalian.(Surah Al-Baqarah ayat 237 tentang bab suami isteri) 

Artinya, ketika kita dalam keadaan tidak tenang, ketika kita rasa kecewa kepada pasangan kita, maka janganlah terlalu fokus kepada kesalahan itu, berusahalah melihat kebaikan-kebaikannya yang jauh lebih banyak selama ini. walaupun kita tidak suka terhadap satu sikap pada pasangan kita,
Allah berfirman;
فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Kalau kamu tidak suka terhadap isteri kamu dalam satu hal, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal Allah menjadikan kebaikan yang lebih padanya. (Q.s An-nisa(4):19)

Mungkin kita tidak suka satu sebab dari isteri kita, kerana tidak ada manusia yang sempurna, jangan pernah menganggap ada manusia yang sempurna. kadang2 kita berfikir. "oh perempuan ini ada sesuatu keburukan tentangnya, saya akan cari perempuan lain yang lebih sempurna"
Tidak ada perempuan yang sempurna kecuali empat orang sahaja.
Asiyah isteri Fir'aun, Maryam anaknya Imran, Khadijah isteri Rasulullah dan Fatimah anaknya Rasulullah s.a.w. Selain empat orang ini tidak ada yang sempurna, termasuk Aisyah, walaupun Aisyah keistimewaannya adalah seperti garam dalam makanan, seperti bunbu dalam masakan, tetapi bukan perempuan sempurna.
begitu juga dengan pasangan kita, dia bukan perempuan sempurna, kerana kalau kita hanya melihat ketidaksempurnaannya, maka akhirnya kita akan larut dalam kekecewaan dan akhirnya kita akan berputus asa dalam berumah tangga.
sehingga Allah berfirman ingat..... Kebaikannya. Ingat hal-hal yang menyenangkan tentangnya, ingat hal-hal yang luar biasa pada dirinya, yang mungkin kamu tidak bleh dapatkannya dari orang lain.
Dengan demikian itu, Inshaa Allah kita akan menjadi orang-orang yang sabar.

Dan terakhir, satu lagi tips kalau kita ada masalah dengan pasangan kita,
-Nasihat diri kita, jangan cari salah dari dia,
yang selalu kita buat jika ada masalah dengan pasangan kita, kita akan google, kita akan tanya pada seorang ustaz nasihat untuk kita sampaikan kepada pasangan kita, ini tidak adil! harusnya kita google nasihat untuk diri kita sendiri, kita browsing nasihat untuk diri kita sendiri,

Kita datang bertanya kepada ustaz,
"Ya ustaz, nasihatilah saya untuk menjadi suami yang baik, suami yang sabar" bukannya tanya mcm ni "Ya ustaz, tolong beri saya hadis-hadis tentang isteri yang solehah"

kita cari nasihat untuk diri kita sendiri. bukanmencari nasihat untuk kita share, kita foward, kita broadcast kpd pasangan kita, itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Oleh itu, jika ada masalah diantara kita dengan pasangan, teruslah browsing hadist-hadist suami yang penyabar, terus minta pandangan dari ustaz, ustaz ajarkan saya menjadi seorang suami yang penyabar, menahan amarah. Dengan demikian Allah akan melapangkan dada kita.

Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki masalah-masalah dengan pasangan kita supaya kita dapat membentuk dan membimbing keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. aaaminnn..

Tuesday, 18 July 2017

Ikhtiar kaedah melembutkan hati anak

Ikhtiar Kaedah melembutkan hati anak
(Di Peringkat awal)

Ketika anak sedang tidur, letakkan tapak tangan kanan diatas dada anak sambil baca ayat-ayat seperti berikut:

1. Selawat 7x.
2. Al-Fatihah 1x.
3. Surah Taha Ayat 1-5 .
4. Doa (contoh: Ya Allah lembutkan hati anakku, jadikan anakku,  anak yang soleh/solehah, berikan anakku kesihatan yang baik dan lindungi anakku dari segala gangguan jin dan syaitan.
5. Cium dahi anak.

Nota: semasa baca ayat2 tersebut, usap dengan pelahan dada anak.

#Doa_Usaha_Ikhtiar_Tawakal_Redha
#Al_Quran_Penawar

Kredit dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Order utk surprise birthday husband katenya.. Sweet sgt.. 😍😍

Frame Kanvas kaligrafi size 12x12inc
Selamat mendarat ke selangor.. ✈✈

meh whatsapp klik link ni utk tempahan ;)
http://www.wasap.my/60127267244
OUR KHAT DESIGN IS SO EXPENSIVE

#SORRY
#EXCLUSIVEKHATDESIGN
#NOFREEDESIGN
Apa kerugian yang dimaksudkan itu??
Kerugian hilang modal dan modal seseorang itu ialah umurnya. Dengan ayat inilah bahawa manusia tidak terlepas dari kerugian kerana setiap detik berlalu jika tidak digunakan sebaiknya pada jalan Allah, sia-sialah umurnya didunia.
biarpun kita masih belum dapat beramal keseluruhan agama dalam hidup ini, adalah lebih baik kita terus belajar agama dan iman. Teruskan dakwah dan terus keluar ke jalan Allah lagi dan lagi. Inshaa Allah akan diberi kefahaman agama yang sempurna.

Cer try jadi orang kecik best x yer... ada yg berminat untuk edit gambar macam ni boleh contact sis